Jumaat, 9 Oktober 2009

FIKIR-FIKIRKAN...

Dalam melayari kehidupan... cinta datang dan pergi...adakala dengan ucapan selamat tinggal..kadang-kadang tiada sebarang isyarat dan datangnya bagai kehadiran tsunami...melanda dan hilang meninggalkan puing-puing kehancuran perasaan yang sangat sakit dan melukakan
Ada orang berkata..cinta adalah budaya hindu yang ketaksubannya tersangat..dan kita orang Melayu dan Islam terikut-ikut sehingga lena dibuai kasih yang tiada penghujung dan kadang-kadang boleh meranapkan kehidupan yang bakal mendatang...itu sejarahnya...betul atau tidak saya sendiri masih mencari bukti sahihnya.
Apapun cinta bagi saya adalah sesuatu yang sangat murni..kurniaan Allah kepada manusia. Yang perlu dipupuk kemurniaannya. Kesetiaan adalah tunggak segala-galanya dan suburlah cinta itu jika selalu dibajai . Jangan seminggu...sebulan..setahun..dibajai..selepas itu kita biarkan ianya hilang dibawa angin lalu..tanpa menoleh lagi segala usaha memupuk kasih itu..Alangkah ruginya kita membazirkan masa..membiarkan segala kenangan manis berlalu pergi..menumpahkan airmata orang yang pernah kita kasihi.
Dalam hidup ini manusia mencari-cari cinta sejati yang sempurna..impian yang tidak mungkin kita perolehi sampai ke hujung waktu. Kita akan dikurniakan 'ketawanya' tapi tanpa harta..kita akan dikurniakan 'harta ' tanpa suaranya...kita akan dikurniakan "suara' tapi mungkin tanpa sentuhannya..dan soal..'tanpa' dan 'tanpa' itulah yang sering berlari dalam hati dan perasaan kita..yang kita kejari bagai mengejar bayang-bayang yang sampai ke mati tidak dapat kita tangkap.
Aduhai..insan-insan yang saya kasihi..mengertilah..cinta ini sering memperdayakan kita..hanyut dan hanyut...cinta sejati tidak pernah punya kayu pengukur. Yang mengerti hanya hati kecil kita...sejauhmana kita 'mencintainya'...fikir-fikirkan....

3 ulasan:

  1. sy fhm cikgu. hehehe. kak long jgn fikir pening2 lagi yer. jage diri dan keluarga. jgn risau psl sy lagi. huhu. iAllah, sy akan okay sentiasa! :D

    BalasPadam
  2. harap-harap u berdua okey..nice to have both of u in my blog..tak pernah termimpikan..jaga diri dan kesihatan..semoga allah senantiasa memberkati dan menganugerahkan yang terbaik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...