Berlalunya hari ini..bermakna banyaknya kerja sudah beres....Yati dah balik...saya hanya perlu membantu..kurang sikit beban di bahu.
Sejak awal pagi ..memulakan hari dengan bertemu Lan..minta touch up sedikit lagi dinding yang dicat dan tiang besar berhampiran. Kerja menyusun pokok dimulakan hampir 11.30 pagi...pening juga..pokok yang sedia ada boleh digunakan..tapi terlalu rencam...banyak yang ditanam semula..masih kurang segar. Anyway..cari dan terus mencari sampai terciptalah taman seadanya itu..jangan tak ada je...habis menyusun hampir jam 4 petang dibantu pekerja kontrak..
Chuan hantar lebihan bunga yang masih belum siap di bilik mesyuarat .Satu kelegaan lagi...complete. Saya dan Yati pergi menempah..hem..ikut taste saya..masalah la..Anyway..tujuannya hanya satu untuk cantikkan dan beri suntikan baru kepada kolej.
Apapun saya cukup lega walaupun rasa penat di hujung hari..sangat-sangat memenatkan kerana terpaksa try and error meletakkan pasu bersama nora dan mek rose..sakit juga belakang ni..tapi berkeras nak siapkan kerja..tak larat fikir. Esok kalau ada masa saya ngintai lagi kalau ada pokok yang sesuai untuk di letakkan.
Sebenarnya sangat menyusahkan hati apabila diberi tanggungjawap sebegini besar...kalau tak menjadi..ada suara yang berbunyi. Risik suara dah kedengaran ...dan saya, yati, rose and nora perlu pekakkan telinga sahaja...kami sekadar membantu....
Persekitaran kolej adalah gambaran warganya..kalau diabaikan...semuanya akan terpalit..setakat ini saje yang kami mampu buat ..yelah..seadanya kudrat kami.....namun saya sangat bersyukur..saya boleh memindahkan ingatan dan masalah saya ke tempat yang sangat jauh...nun jauh dilubuk hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan