Sabtu, 17 Oktober 2009

PAPADOM


Malam kelmarin pergi tengok movie dengan anak-anak. Tajuk...baca kat atas...nice movie..tak beratkan kepala..relax..tapi sarat dengan maksud tersirat. Kisah ayah yg kehilangan isteri menjaga anak gadisnya..sedangkan sebelum ini dia selalu terlepas pandang banyak perkara berkaitan isteri dan anaknya itu.
Kalau para bapa dan anak-anak semua nak tahu..peranan yang dimainkan oleh afdlin shauki itu adalah cerminan perasaan seorang ibu yang sebenar. Ibu yang kalau boleh mahu senantiasa berada di samping anaknya walau di mana pun dia berada. Kerana ibu sangat bimbang ..diusik orangkah..ditipukah..makan ke tidak..tinggal di mana..apa aktiviti dia..dan selamatkah dia dari segala cabaran yang diharunginya.
Namun tidak semua anak dan bapa tahu..bapa selalu menganggap ibu ni suka susah hati tak tentu fasal..benda remeh jadi besar..Anak pula menganggap..ibu suka mengongkong tak tentu sebab..nak pergi Genting Highland..Penang..camping semua tak bagi. Orang lain mak dia bagi..kenapa ibu suka halang...sebabnya cuma satu..ibu terlalu sayangkan anak-anak ibu. Ibu takut perkara tak baik berlaku.
Anak-anak memang selalu ketawakan saya kerana begitulah saya...jika mereka kata mereka nak pergi overseas..saya kata ..ibu nak ikut..dan merahai-rahailah mereka ketawa..saje suka mengusik perasaan saya. Pipa pun selalu kata nak tinggal di asrama..nanti kesian ibu kan tinggal sorang..saya kata..ibu ikut adik nanti..buat khemah kat tepi sekolah..dia gelakkan saya.
Apapun itulah kenyataannya..ibu tetap ibu..sama ada dia dapat membendung perasaannya atau tidak..sama ada imannya kental menyerahkan segala-galanya kepada takdir atau tidak..saya sedikit lemah..kalau boleh saya mahu semua anak-anak di depan mata..peluk dan belai mereka...dan pastikan segala-galanya adalah yang terbaik untuk mereka...ada masa pergilah menonton..kerana dalam ketawa.. ada airmata yang bergenangan dan menitisnya ke dalam hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...